Product Description:
Arohan menyambut hari jadinya yang ke lapan dengan harapan untuk mendapat sebuah gitar, tetapi neneknya telah memberikannya sebuah seruling. Arohan agak kecewa, namun begitu seruling tersebut mempunyai kesaktiannya. Apabila kedua-dua abangnya hilang di bukit di belakang rumah mereka, Arohan teringat akan cerita emaknya tentang burung cenderawasih. Bolehkah Arohan memanggil burung cenderawasih yang sakti untuk membantunya?
Product Details:
Publisher: Oyez!Books
ISBN: 9789670999029
Format: Paperback
Language : Malay